Sekolah ini dibina pada tahun 1958 dengan nama Sekolah Agama Luak Sungai Ujung yang terletak di Kampung Baru Blok C, Ampangan Seremban di atas tanah wakaf Surau Kampung Baru Blok C dengan belanja hampir
RM16,000.00 dari sumbangan derma orang ramai dan bantuan kerajaan.
Pada tahun 1982, sekolah ini berpindah ke lokasi barunya di Kampung Sekolah Ampangan Seremban dengan nama barunya Sekolah Menengah Agama Ampangan dan telah dirasmikan pada 3hb April 1982 di atas tanah seluas hampir 3 hektar dengan belanja hampir 1 juta ringgit dan mula dibina pada akhir tahun 1980 dan siap dibina pada Disember 1981. Mula didiami pada 4 Januari 1982.
Bangunan ini mengandungi 4 blok iaitu bangunan sekolah, asrama, dewan makan dan rumah guru. Bangunan sekolah mengandungi 10 bilik, 6 bilik tempat pelajar puteri, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik bacaan, sebuah bilik penyelia asrama dan sebuah bilik tetamu.
Pada tahun 1989, bangunan asrama puteri 4 tingkat telah dibina dan bangunan asrama puteri yang lama diubahsuai menjadi asrama sekolah. Pada tahun 1998, bangunan KHB yang mengandungi 3 bilik telah dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM270,000.00.
Pada tahun yang sama juga bangunan surau baru telah dibina diatas daya usaha PIBG. Sumber kewangan diperolehi daripada sumbangan penjaga dan kerajaan. Surau ini telah dirasmikan pada 11hb Julai 1999.
Pada 8hb Mei 1998, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor (SMAD KLANA) sehinggalah sekarang yang menempatkan pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan 6.
Pada 1hb Januari 2008, sekolah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK). Mengikut sijil penjawatan 2010, jumlah guru ialah seramai 44 orang dan jumlah anggota kakitangan sekarang ialah seramai 11 orang.
0 comments:
Post a Comment