- Gubahan buah-buahan
- Pertandingan 'Treasure Hunt'
- Pertandingan buku skrap
- Kuiz/info teknologi
- Pertandingan memasak rendang (antara guru)
- Pertandingan reka cipta
- Pertandingan laman blog
Wednesday, 23 June 2010
AKTIVITI YANG DIJALANKAN PADA BULAN PANITIA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2010
Posted by .::BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL::. at 04:51 0 comments
Tuesday, 22 June 2010
PANTUN NASIHAT
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi,
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.
Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Demakin berisi semakin tunduk.
Daun sirih ulam Cik Da,
Makan sekapur lalu mati,
Walaupun banyak ilmu didada,
Biar merunduk resmi padi.
Buah pelaga makan dikikir,
Di bawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.
Tumbuh melata si pokok tebu,
Pergi pasar membeli daging,
Banyak harta tak ada ilmu,
Bagai rumah tidak berdinding.
Hendak berlayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin berlajar,
Tentu kita akan berjaya.
Jangan pergi mandi dilombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.
Buah cempedak bentuknya bujur,
Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.
Jikalau tuan mengangkat peti,
Tolng masukkan segala barang,
Jikalau anak-anak bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.
Selasih tumbuh di tepi telaga,
Selasih di makan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa tiada tandingnya.
Posted by .::BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL::. at 02:42 0 comments
GURU-GURU BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 2010
Posted by .::BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL::. at 01:54 0 comments
FOTO LAWAK
SALAH EJE DAA...
HUH...
CUBA LIHAT DARI JARAK JAUH PULA
CUBA LIHAT TERBALIK
MACAM NI PUNYA PERMAINAN PUN ADA KE?
MINUMAN BERDOSA???
Posted by .::BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL::. at 01:11 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)